Visa: $2,600 dibelanja tiap tahun bagi ‘barangan misteri’

Visa: $2,600 dibelanja tiap tahun bagi ‘barangan misteri’

SINGAPURA, 6 Dis – Pengguna Singapura membelanjakan sekitar $2,600 setiap tahun bagi pembelian ‘barangan misteri.’

Tinjauan Perbelanjaan Misteri yang dijalankan syarikat khidmat kewangan, Visa, itu menunjukkan 45 peratus daripada perbelanjaan peribadi mingguan mereka itu didapati tidak termasuk dalam perbelanjaan yang terhitung oleh mereka, lapor Berita Harian Singapura edisi online.

Mereka yang berusia 55 tahun ke atas merupakan golongan besar yang tidak tahu di mana perginya wang tersebut.

Laporan tinjauan itu menambah responden wanita biasanya berbelanja lebih dalam ‘pembelian misteri’ itu berbanding responden lelaki.

Tinjauan yang melibatkan 1,000 responden itu juga menunjukkan perbelanjaan membeli-belah secara rambang dan perbelanjaan bagi makanan snek adalah antara kategori utama dalam ‘pembelian misteri’.

ARTIKEL YANG SAMA