Visa 3 wartawan tidak dilanjut

Visa 3 wartawan tidak dilanjut

NEW DELHI, 24 Julai – Kerajaan India telah meminta tiga wartawan China yang bekerja untuk Agensi Berita Xinhua supaya meninggalkan negara itu pada bulan ini, enggan melanjutkan visa mereka, kata pegawai hari ini.

Pegawai itu enggan mendedahkan sebab-sebab visa tidak dilanjutkan, namun berkata Xinhua boleh menghantar pengganti mereka.

Pegawai itu berkata tiga wartawan telah menerima beberapa pelanjutan visa dan seorang di antara mereka telah berada di India sejak tujuh tahun lalu. Pegawai itu bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada wartawan.

Satu laporan akhbar Hindu pada hari ini berkata ketiga-tiga mereka berkunjung ke selatan bandar India Bangalore baru-baru ini dan bertemu dengan aktivis Tibet dalam buangan, yang menjadi satu isu dengan kerajaan India.

Walaupun kerajaan Tibet dalam buangan beribu pejabat di utara bandar Dharmsala, beribu-ribu penduduk Tibet tinggal di selatan negeri Karnataka, di mana ibu negerinya adalah Bangalore.

Xinhua dan Kementerian Luar China tidak memberi respons kepada permintaan memberi komen hari ini.

Laporan media India berkata ketiga-tiga wartawan China adalah berpangkalan di New Delhi dan Mumbai. Visa yang tidak diperbaharui pada umumnya adalah satu langkah yang diikuti oleh pelbagai kerajaan untuk mengusir wartawan asing.

Keputusan kerajaan India keluar pada masa apabila hubungan kedua-dua negara telah pun terjejas ekoran keengganan China untuk menyokong permohonan India untuk mendapatkan keahlian dalam Kumpulan Pembekal Nuklear pada satu mesyuarat di Seoul pada bulan lalu.

Mereka juga berkongsi sempadan Himalaya di mana mereka bertempur dalam satu konflik sebulan pada 1962.Mana-mana perjanjian sempadan untuk menyelesaikan perbalahan nampaknya tidak mungkin dicapai pada masa sekarang, namun mereka nampaknya rela mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,seperti serangan di wilayah yang dipertikaikan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA