Visa, AIBIM lancar Cabaran Kewangan ASEAN

Visa, AIBIM lancar Cabaran Kewangan ASEAN

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) – Visa Inc dan Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia (AIBIM) bekerjasama menganjurkan Cabaran Kewangan FinTech (teknologi kewangan) ASEAN, khusus bagi syarikat permulaan di negara-negara anggota perkumpulan itu.

Program bersempena Forum Kewangan Islam Global 2016 (GIFF) pada 10-12 Mei ini, bertujuan mengetengahkan syarikat permulaan Fintech terbaik serta yang paling inovatif.

Satu kenyataan bersama oleh Visa dan AIBIM berkata pasukan terbabit akan diberi peluang untuk mengemukakan idea mereka kepada lebih 500 delegasi GIFF dari serata negara.

“Pakatan dengan AIBIM akan membolehkan kami bekerjasama dengan komuniti FinTech selain mempercepatkan kitaran inovasi kewangan dalam negara dan rantau Asia Tenggara,” kata Pengurus Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif AIBIM Yusry Yusoff berkata GIFF menjadi peluang terbaik bagi syarikat permulaan FinTech untuk memaparkan idea mereka bagi kewangan Islam.

ARTIKEL YANG SAMA