Visa penembakan di California tiada penyelewengan

Visa penembakan di California tiada penyelewengan

WASHINGTON, 7 Jan – Rekod temu bual visa AS penembak San Bernardino Tashfeen Malik di Pakistan menunjukkan ia diadakan tanpa sebarang penyelewengan ketara dan tidak menimbulkan keraguan besar, menurut satu sumber yang biasa dengan fail Jabatan Negara.

Kekurangan kejadian yang tidak diduga dalam temu bual Malik di Pakistan untuk visa ‘tuning’ K-1 yang diluluskan seterusnya menekankan kesukaran yang dihadapi pentadbiran Presiden Barack Obama tatkala ia mencari jalan untuk mempertingkat pemeriksaan keselamatan ke atas pemohon visa.

Pegawai AS yang mengetahui proses pemeriksaan visa berkata walaupun jika temu bual dan pemeriksaan keselamatan adalah ketat, adalah tidak mungkin mereka akan mencetuskan amaran kepada Malik.

Rekod temu bual satu perenggan itu, di mana butir-butirnya belum dilaporkan sebelum ini, memetik dokumen bahawa Malik pernah membuktikan hubungannya dengan rakan kelahiran AS Syed Rizwan Farook, termasuk sekeping gambar majlis pertunangan mereka, e-mel dan pemindahan wang di antara mereka, kata sumber.

Fail menunjukkan Malik memberitahu pegawai konsul yang mengadakan temu bual pada 22 Mei 2014 bahawa beliau telah bertemu Farook menerusi Internet.

Rekod berkata Malik menyatakan tarikh hari lahir Farook dengan betul dan pekerjaannya sebagai pemeriksa keselamatan makanan – ujian untuk mengesahkan beliau benar-benar mengenalinya.

Ia tidak mengandungi maklumat mengenai pandangan politik atau agama. Dokumen yang dipercayai telah ditunjukkan oleh Malik kepada pegawai temu bual tidak disimpan dalam fail, kata sumber. Laporan temu bual ringkas itu tidak menyatakan di mana temu bual diadakan di Pakistan, berapa lama atau soalan khusus yang ditujukan kepada Malik.

Setelah diberikan visa, Malik menyertai Farook di San Bernadino, California, di mana mereka berkahwin. Beliau diberikan pemastautin tetap seterusnya, atau Kad Hijau, visa yang memerlukan proses pemeriksaan keselamatan tambahan dan satu temu bual di Amerika Syarikat. Pada 2 Disember, pasangan itu melancarkan satu serangan di San Bernadino yang membunuh 14 orang dan dipercayai oleh pegawai AS didorong oleh kumpulan pelampau Islamic State. – Reuters