Visa sertai Coke tekan FIFA

Visa sertai Coke tekan FIFA

pg24_150725_b

NEW YORK, 24 Julai – Visa Inc. semalam menyertai Coca-Cola Co. menggesa agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk membuat pembaharuan bagaimana badan pentadbir bola sepak dunia FIFA dikendalikan.

Ketua eksekutif syarikat kad kredit itu semasa membentangkan pendapatan suku tahunan berkata, jawapan FIFA terhadap dakwaan rasuah ‘sama sekali tidak mencukupi’ sekali gus menunjukkan kurangnya kesedaran tentang keperluan untuk perubahan.

“Kami melihat kepimpinan syarikat kami, jenama kami dan pelanggan kami sebagai sesuatu yang paling penting dan kami sentiasa mencuba untuk meletakkan diri kami kepada standard tertinggi,” kata CEO Charlie Scharf. “Kami berusaha untuk bekerjasama dengan mereka yang berfikiran dan bertindak seperti kami. Saya tidak percaya FIFA sampai kepada piawaian ini.”

FIFA telah menjadi subjek beberapa siri dakwaan dalam media dan buku selama bertahun-tahun sehinggalah Mei lalu apabila pendakwa AS mendakwa sembilan pegawai bola sepak, yang kebanyakannya mempunyai kedudukan dalam FIFA dan lima eksekutif pemasaran dan penyiaran syarikat di atas pelbagai kesalahan berkaitan rasuah termasuk penipuan, penggubahan wang haram dan pencatutan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA