Vivo X5Pro lebih canggih

Vivo X5Pro lebih canggih

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Vivo adalah satu jenama yang terus berinovasi dan memperkenalkan teknologi yang menakjubkan di pasaran telefon bimbit Malaysia, dengan keluaran terbaru X5Pro menjadi produk terkini yang menemui pasaran dan membolehkan golongan muda untuk merasai telefon yang nipis, bergaya dan cantik bagi pengalaman yang lebih menarik.

Alex Feng, Naib presiden vivo Global berkata “telah melancarkan telefon pintar pertamanya pada 2011 dan dalam hanya empat tahun, kami telah berkembang menjadi jenama antarabangsa di lebih 100 buah negara seluruh dunia, termasuk Indonesia, India, Thailand, Myanmar dan Malaysia.”

Dia kemudian menambah “vivo dari telefon pintar pertamanya X1 telah mengejar kesempurnaan, daya tahan dan semangat inovatif jenama berkenaan, telah mendorong penanda aras untuk telefon pintar. Pada 2012 kami telah mengeluarkan telefon bimbit Hi-Fi paling nipis dunia (sewaktu itu) X1 dan mendorong lagi konsep itu pada 2013 dengan mengeluarkan telefon bimbit HiFi ternipis di dunia (yang hanya 5.75mm) X3, diikuti dengan telefon paparan 2k pertama di dunia Xplay3s dan akhirnya produk terbaru kami X5Pro yang telah dilancarkan baru-baru ini.”

Menurut data dari Perunding Pasaran GFK (China) yang memerhati pasaran industri pasaran telefon bimbit China, pada Oktober 2014 keseluruhan pasaran China, vivo mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi di China dengan catatan jualan hampir 30 juta telefon pintar vivo.

Vivo X5Pro yang kini semakin canggih untuk memenuhi keperluan pengguna moden.
Vivo X5Pro yang kini semakin canggih untuk memenuhi keperluan pengguna moden.

Dia juga berkata: “pelan vivo seterusnya adalah untuk menjadi jenama yang aktif di pasaran Malaysia dan kami berharap dengan sokongan rakan kongsi Malaysia, vivo akan terus maju ke arah yang betul.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) vivo Malaysia, Lewis Zhang menambah, “Di Malaysia, industri telefon pintar telah berkembang dengan pesat, dan vivo telah membina secara aktif rangkaian dengan lebih 2,000 mata jualan, 10 pusat servis dan hampir 1,000 pekerja seluruh Malaysia. Pada 2015, vivo Malaysia akan terus menaikkan pelaburan jenamanya, juga meningkatkan pengagihan saluran pasaran dan khidmat pelanggan di Malaysia. Dalam tahun mendatang, vivo akan terus menyediakan produk yang lebih kompetitif di Malaysia, dan juga menyediakan lebih khidmat setempat.

Produk terbaru vivo X5Pro menjanjikan untuk memberikan pengguna moden semua yang mereka perlukan di dalam sebuah telefon dan lebih, yang termasuk kualiti bunyi Hi-Fi yang mantap, badan yang nipis, kamera berkualiti tinggi dan juga sistem operasi FunTouch.

ARTIKEL YANG SAMA