VOBG adakan konvoi Raya

VOBG adakan konvoi Raya

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Kumpulan Pemilik Veloster Brunei (VOBG), semalam, telah menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan perkumpulan dan konvoi yang disertai 21 orang dengan 14 buah kereta Hyundai Veloster.

Konvoi berkenaan dimulakan dengan perkumpulan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah sebelum memulakan perjalanan berhari raya ke rumah ahli-ahli VOBG yang ada di negara ini seperti di Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara.

Acara ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pemilik Hyundai Veloster di samping memeriahkan lagi sambutan Hari Raya tahun ini.

Selain itu, perkumpulan berkenaan juga memberikan peluang kepada ahli-ahli VOBG untuk bertukar-tukar pandangan dan fikiran mengenai kereta Veloster serta penjagaannya.

Antara ahli VOBG yang menyertai konvoi raya kelmarin.
Antara ahli VOBG yang menyertai konvoi raya kelmarin.

p10-2_20160712

Sebanyak 14 buah kereta Hyundai Veloster telah menyertai konvoi berhari raya.
Sebanyak 14 buah kereta Hyundai Veloster telah menyertai konvoi berhari raya.

VOGB telah ditubuhkan sejak 2012 dan kini dalam proses penubuhan rasminya. Mereka juga merancang untuk mengadakan aktiviti lain bagi semua pemilik Hyundai Veloster dan ahli-ahli VOGB.

Konvoi ini merupakan aktiviti tahunan kumpulan dan ia diharap dapat diteruskan pada masa depan dengan lebih banyak penyertaan daripada ahli mereka sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA