Voli Giaccher...

Voli Giaccherini tewaskan Spezia

MILAN, 11 Jan – Voli hebat di separuh masa kedua oleh Emanuele Giaccherini telah membantu Napoli meraih kemenangan 3-1 meyakinkan ke atas La Spezia bagi memastikan tempat mereka dalam suku akhir Piala Itali awal pagi tadi.

Ketiadaan jurulatih Napoli, Maurizio Sarri dan penyerang Dries Mertens jelas terasa di San Paolo kerana keduanya menjalani penggantungan satu perlawanan dan hanya menyaksikan di ruang eksekutif.

Di penghujung penguasaan separuh masa pertama, Sarri memegang kepalanya tanda kecewa selepas Antonio Piccolo menjaringkan gol di minit ke-35 bagi membatalkan pendahuluan Napoli melalui jaringan piotr Zielinski di minit ketiga.

Separuh masa kedua, Spezia kelihatan berazam kuat untuk menang, sehingga Giaccherini menghasilkan voli hebat melepasi penjaga gol Spezia, Chichizola hasil hantaran daripada Lorenzo Insigne.

Spezia menjadi hilang semangat dan dua minit kemudian Marko Rog dengan tenang mengelecek bola ke kawasan bahawa, kemudian membuat hantaran lintang kepada Gabbiadini untuk jaringan ketiga Napoli. – AFP

Emanuele Giaccherini (kiri), membuat rembatan voli bagi jaringan kedua Napoli dalam aksi pusingan keempat Piala Itali antara Napoli dan Spezia di Stadium San Paolo. – AP
Emanuele Giaccherini (kiri), membuat rembatan voli bagi jaringan kedua Napoli dalam aksi pusingan keempat Piala Itali antara Napoli dan Spezia di Stadium San Paolo. – AP

ARTIKEL YANG SAMA