Volkswagen anjur karnival ulang tahun

Volkswagen anjur karnival ulang tahun

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Maju Motors Sdn Bhd meraikan ulang tahunnya yang ke-15 bersama pelanggan dengan menganjurkan Karnival Ulang Tahun di Bilik Pameran Volkswagen, Jalan Telanai, bermula hari ini hingga 29 November.

Dalam karnival itu, pengunjung berpeluang melihat model-model baru Volkswagen termasuk Volkswagen Scirocco, Volkswagen Tiguan dan kereta mampu milik yang diminati ramai Volkswagen Vento serba baru.

Di samping itu, pelbagai pondok makanan dan minuman seperti halo-halo, kebab, kek cawan dan buah-buahan segar boleh didapati secara percuma menggunakan baucar yang diberikan oleh Maju Motors Sdn Bhd.

Pengurus Jualan, Shahrain Zulkifli (kiri) menyampaikan hadiah baucar wang tunai $50 kepada salah seorang pemenang bertuah.
Pengurus Jualan, Shahrain Zulkifli (kiri) menyampaikan hadiah baucar wang tunai $50 kepada salah seorang pemenang bertuah.
Antara model-model baru Volkswagen yang dipamerkan.
Antara model-model baru Volkswagen yang dipamerkan.

Malah, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah baucar wang tunai bernilai $50 setiap hari.

Acara ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pelanggan dan kakitangan Volkswagen, di samping memberi peluang kepada seisi keluarga berseronok di samping diperkenalkan pelbagai model Volkswagen yang terdapat di Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA