Volkswagen berusaha keras atasi skandal ‘dieselgate’

Volkswagen berusaha keras atasi skandal ‘dieselgate’

PARIS, 30 Sept – Bos Volkswagen (VW) Matthias Mueller berkata semalam pengeluar kereta Jerman yang bermasalah itu sedang menggunakan “segala sumber yang ada” untuk mengatasi skandal penipuan pengeluaran ‘dieselgate’.

Satu tahun selepas skandal meletus, “ia tetap menjadi satu titik peralihan”, peristiwa penting dalam sejarah kami,” kata ketua eksekutif VW Mueller sehari sebelum pembukaan pameran kereta Paris.

Masalah timbul selepas pengeluar kereta itu mengakui menggunakan “peranti penewasan” dalam 11 juta kenderaan diesel di seluruh dunia, yang menambah rawatan ekzos apabila kereta mengesan ia sedang menjalani ujian kawalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Herbert Diess memperkenalkan kereta elektrik terbaru Volkswagen pada sidang akhbar di Pameran Kereta Paris, kelmarin. - AP
Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Herbert Diess memperkenalkan kereta elektrik terbaru Volkswagen pada sidang akhbar di Pameran Kereta Paris, kelmarin. – AP

Perisian itu mengaktifkan semula sistem pengeluaran apabila kereta berada di jalan raya, membawa kepada tahap nitrogen oksida yang berbahaya dalam ekzos jauh lebih tinggi daripada yang dibenarkan.

Pelabur Volkswagen telah memfail 1,400 tindakan guaman yang berusaha mendapatkan pampasan berjumlah 8.2 bilion euro disebabkan skandal penipuan pengeluaran, kata sebuah mahkamah Jerman pada minggu lalu, menambah kepada masalah undang-undang yang dihadapi oleh syarikat kereta berkenaan.

Pelabur berkata pengeluar kereta itu gagal mendedahkan butir-butir kes dalam cara yang tepat pada masanya, mendorong mereka kerugian wang tatkala harga saham kumpulan merosot sebanyak 40 peratus dalam dua hari selepas krisis meletus pada September lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA