Volkswagen bina kilang di Algeria

Volkswagen bina kilang di Algeria

ALGIERS, 28 Nov – Volkswagen kelmarin menandatangani perjanjian dengan rakan kongsi jualan Algeria, Sovac, bagi pembinaan sebuah kilang pemasangan kenderaan di negara Afrika Utara, menurut pegawai memberitahu sidang akhbar.

Di bawah perjanjian yang bernilai AS$ 170 juta (160 juta euro), kilang itu akan menghasilkan kereta pertama pada Jun 2017 dan dijangka meningkatkan pengeluaran kepada lebih daripada 100 kenderaan sehari.

Barisan pemasangan akan dibina di Relizane, 320 kilometer barat daya Algiers.

“The Volkswagen Group memilih penyertaan Sovac… kerana kami telah bekerjasama dengan jayanya dengan rakan jualan kami… selama bertahun-tahun,” kata eksekutif Volkswagen, Josef Baumert.

“Bagi kami, ini merupakan satu langkah tepat ke arah meningkatkan jualan kenderaan di Algeria dalam jangka masa panjang,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sovac, Mourad Oulmi.

Volkswagen kini membina kilang pemasangan di Algeria bagi memenuhi permintaan di rantau tersebut. – AFP
Volkswagen kini membina kilang pemasangan di Algeria bagi memenuhi permintaan di rantau tersebut. – AFP

Menteri Industri Algeria, Abdesselam Bouchouareb, yang turut hadir dalam majlis itu, berkata “usaha sama baru antara Sovac dan Volkswagen… menunjukkan bahawa pelaburan dan inovasi boleh dibuat di Algeria”.

Kilang itu akan menghasilkan beberapa model, termasuk Volkswagen Golf, SEAT Ibiza dan Skoda Octavia serta Caddy.

Volkswagen adalah pengeluar kereta kedua untuk mendirikan kilang pemasangan di Algeria, selepas Renault Perancis merasmikan loji pembinaan bernilai jutaan euro disana pada November 2014. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA