Volkswagen capai penyelesaian pelepasan emisi AS$14.7 bilion

Volkswagen capai penyelesaian pelepasan emisi AS$14.7 bilion

SAN FRANCISCO, 28 Jun (AP) – Pemilik diesel Volkswagen boleh memilih sama ada untuk menjual kereta mereka kepada syarikat atau mendapatkan pembaikan yang boleh mengurangkan prestasi kenderaan di bawah penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan skandal penipuan emisi pembuat Jerman itu.

Sebanyak AS$14.7 bilion akan diperuntukkan untuk menyelesaikan kes berkaitan emisi tersebut, tetapi tidak menyelesaikan semua isu-isu undang-undang yang berpunca daripada kemasukan hampir setengah juta kenderaan yang menggunakan enjin diesel dua liter yang telah diprogramkan untuk menghidupkan kawalan pelepasan semasa ujian makmal kerajaan dan mematikannya semasa di jalan raya.

Angka itu mewakili bagi penyelesaian skandal auto terbesar dalam sejarah AS.

Perjanjian itu memperuntukkan AS$10 bilion untuk membaiki atau membeli balik kira-kira 475,000 pencemaran kenderaan Volkswagen.

Sama ada mereka memilih untuk membeli semula kenderaan mereka atau membaiki, mereka akan menerima bayaran seba-nyak AS$5,100 ke AS$ 10,000 seorang.

GERMANY-AUTOMOBILE-POLLUTION-PROBE-VOLKSWAGEN-SHAREHOLDERS

Bagaimana VW akan membaiki kenderaan untuk membawa mereka ke dalam pematuhan dengan undang-undang udara bersih masih belum dimuktamadkan.

Nilai purata diesel VW telah menurun 19 peratus sejak sebelum skandal itu bermula.

Pada bulan Ogos 2015, purata adalah AS$13,196, dan pada Mei ini menurun AS$10,674, menurut Kelley Blue Book.

Volkswagen juga akan menawarkan bagi penetapan kereta secara percuma.

Penyelesaian itu masih memerlukan kelulusan daripada para hakim sebelum ia dikuatkuasakan.

Pemilik boleh memilih untuk menolak tawaran Volkswagen dan menyaman syarikat itu sendiri.

Penyelesaian itu juga termasuk AS$ 2,7 bilion untuk pemuliharaan alam sekitar dan $2 bilion untuk penyelidikan teknologi pelepasan sifar.