Volkswagen diberi tempoh sebulan

Volkswagen diberi tempoh sebulan

WASHINGTON, 26 Feb (AFP) – Seorang hakim AS telah memberi tempoh sebulan kepada Volkswagen untuk mengemukakan rancangan untuk membetulkan kereta enjin diesel yang secara rahsia dipasang dengan alat menipu pencemaran.

Hakim Daerah Charles Breyer, pada sesi dengar di San Francisco, menetapkan tarikh mahkamah pada bulan Mac bagi syarikat gergasi automobil Jerman itu dan Agensi Perlindungan Persekitaran AS (EPA) untuk mengemukakan rancangan.

“Menjelang 24 Mac, apabila saya merancang bagi sesi dengar seterusnya berhubung perkara ini, saya mahu jawapan pasti dari Volkswagen dan EPA, sama ada atau tidak mereka telah mencapai resolusi berhubung kereta-kereta ini pemulihan kereta-kereta ini sama ada mereka boleh melakukan demikian dari segi teknologi dan dalam parameter yang dipercayai EPA boleh mereka terima,” kata Breyer, menurut transkrip prosiding mahkamah yang diperoleh semalam oleh AFP.

Volkswagen berpotensi berdepan kerugian besar akibat dari skandal itu, selepas kira-kira 200 pemilik VW, pemilik diesel Audi dan Porsche yang memfailkan tindakan mahkamah kelas tindakan di San Francisco awal minggu ini.

Tindakan mahkamah itu menuduh syarikat gergasi automobil Jerman itu melakukan kerosakan besar kepada persekitaran dan kepada para pemilik lebih setengah juta kereta yang dijual di AS.

Volkswagen diberi tempoh sebulan untuk membetulkan masalah emisi kereta dieselnya. – Reuters
Volkswagen diberi tempoh sebulan untuk membetulkan masalah emisi kereta dieselnya. – Reuters

Volkswagen telah mengakui kewujudan perisian menipu yang menyalahi undang-undang pada keretanya yang mengehadkan pengeluaran toksik oksida nitrogen kepada had sah AS ketika ujian pengeluaran oleh para pengawal atur.

Tetapi apabila kereta-kereta itu dalam penggunaan sebenar, perisian itu membolehkannya menggunakan gas beracun sehingga 40 kali ganda had yang dibenarkan.

Tindakan mahkamah itu mengatakan para pemilik kereta mengalami kerugian atas nilai kereta dan juga terjejas apabila mengetahui mereka telah mengeluarkan lebih banyak pencemaran ke ruang udara dari yang mereka sangkakan.

Ia juga menganggarkan kerosakan pada kesihatan rakyat Amerika pada dasarnya dari tambahan gas toksik di ruang udara mereka pada AS$450 juta.

ARTIKEL YANG SAMA