Volkswagen hadapi denda lebih A$90b

Volkswagen hadapi denda lebih A$90b

WASHINGTON, 5 Jan (Reuters) – Jabatan Keadilan AS semalam memfail satu tindakan guaman awam ke atas Volkswagen AG kerana didakwa mencabul Akta Udara Bersih dengan memasang peranti haram untuk menjejas sistem kawalan pengeluaran dalam hampir 600,000 buah kenderaan.

Dakwaan yang dilempar ke atas Volkswagen, bersama unit Audi dan Porsche, membawa penalty yang mungkin menelan kos berbilion dolar untuk pengeluar kereta itu, kata pegawai kanan Jabatan Keadilan.

VW mungkin menghadapi denda melebihi AS$90 bilion dari segi teori, atau AS$37,500 untuk setiap kenderaan setiap pencabulan undang-undang, berdasarkan aduan. Pada September, pengatur kerajaan pada mulanya berkata VW mungkin menghadapi denda melebihi AS$18 bilion.

Gambar yang diambil pada 29 September 2015 menunjukkan logo kereta Jerman, Volkswagen (VW) di pusat perniagaan Utara Virginia, Woodbridge. –AFP
Gambar yang diambil pada 29 September 2015 menunjukkan logo kereta Jerman, Volkswagen (VW) di pusat perniagaan Utara Virginia, Woodbridge. –AFP

Amerika Syarikat akan menggunakan semua penyelesaian ke atas Volkswagen untuk mengatasi pencabulan undang-undang udara bersih di negara kami,’ kata Penolong Peguam Negara John Cruden, ketua jabatan alam sekitar dan divisyen sumber asli.

Tindakan guaman Jabatan Keadilan, difail bagi pihak Agensi Perlindungan Alam Sekitar, menuduh Volkswagen bersalah atas empat tuduhan mencabul Akta Udara Bersih AS, termasuk mengusik sistem kawalan pengeluaran dan gagal melapor pencabulan. Tindakan guaman itu difail di Daerah Timur Michigan dan seterusnya dipindah ke California Utara, di mana tindakan guaman ke atas Volkswagen masih menunggu keputusan.

ARTIKEL YANG SAMA