Volkswagen sediakan hadiah istimewa kepada pelanggan

Volkswagen sediakan hadiah istimewa kepada pelanggan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Maju Motors selaku pengedar tunggal di Brunei, menyediakan pelbagai aktiviti, acara, peraduan dan cabutan bertuah sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai ini nanti.

Aktiviti tersebut akan bermula pada 15 Mei ini dengan Volkswagen Food Trail yang dianjurkan bersama Brunei Foodies. Semasa acara dijalankan, peserta akan menikmati perjalanan ke beberapa lokasi yang jarang diketahui di Brunei bagi mencari beberapa jenis gastronomi.

Selain itu, model terbaru juga akan dilancarkan seperti edisi terbaru dalam keluarga Volkswagen yang masih belum dipamerkan lagi. Pada pertengahan bulan Ramadhan, majlis bersungkai akan diadakan di Bilik Pameran Maju Motors dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai majlis tersebut.

Pelanggan yang membeli kereta Volkswagen di antara tempoh waktu sekarang hingga 30 Jun secara automatik layak menyertai ke dalam cabutan utama Hari Raya pada 2 Julai ini. Pelbagai hadiah istimewa yang boleh dimenangi bagaimanapun hadiah utama masih belum diketahui.

Acara Volkswagen Food Trail yang dianjurkan oleh Maju Motors bersama Brunei Foodies.
Acara Volkswagen Food Trail yang dianjurkan oleh Maju Motors bersama Brunei Foodies.

Minggu depan orang ramai boleh memilih destinasi pelancongan kegemaran mereka dari pelbagai lokasi di dunia melalui akaun Facebook dan Instagram, Volkswagen Brunei’s. Destinasi yang mendapat undian terbanyak akan menjadi hadiah utama pada cabutan utama itu.

“Kami ingin memberikan sesuatu penghargaan yang istimewa kepada kesemua pelanggan dan rakan pada sambutan itu nanti”, kata Pengurus Besar Maju Motors, Bernd Siffling.

“Sesuatu untuk semua melalui beberapa acara diadakan, dan menyaksikan destinasi pelancongan mana yang menjadi pilihan utama bagi peminat Volkswagen Brunei nanti,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA