Volkswagen ‘Sportvan’ tampil elegan dan sportif

Volkswagen ‘Sportvan’ tampil elegan dan sportif

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Volkswagen meneruskan lagi pengeluaran produk barunya, dan kali ini dengan segmen MPV iaitu ‘Sportsvan’ yang dilancarkan malam ini, di Bilik Pameran Maju Motors Sdn Bhd, Beribi.

Pelancaran model baru Volkswagen tersebut didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus Besar Maju Motors Sdn Bhd, Bernd Siffling, diikuti dengan pelancaran model baru berkenaan.

Model terbaru Volkswagen itu dilengkapi dengan rekaan dalaman yang canggih dan serba boleh (kerusi bangku belakang mempunyai pelarasan membujur 180mm), yang menawarkan kapasiti maksima kargo 1,520 liter dan mempunyai karisma ‘sporty’.

Secara teknikal, Sportsvan adalah model Volkswagen yang mengikut susun atur MQB (modular transverse matrix) Volkswagen.

Sportsvan, model baru yang telah dilancarkan oleh Volkswagen Brunei semalam.
Sportsvan, model baru yang telah dilancarkan oleh Volkswagen Brunei semalam.

Model berkenaan juga sangat dinamik, dengan depannya yang pendek dan jarak roda yang panjang. Reka bentuk inovatifnya yang ringan telah membuatkan berat kenderaan tersebut menjadi amat ringan, manakala pembungkusan dalaman juga mendapat manfaat daripada MQB, dengan utilitinya dioptimumkan.

Pemandu dan penumpang hadapan dapat menikmati kedudukan tempat duduk yang tinggi di Sportsvan, namun akan merasa seperti kereta SUV yang elegan dan sportif berbanding MPV.

Selain itu, kereta tersebut juga sesuai bagi kereta keluarga dan juga untuk pekerjaan kerana ruang keluasannya yang besar.