Volkswagen tarik balik 103,569 kenderaan di China

Volkswagen tarik balik 103,569 kenderaan di China

BEIJING, 6 April – Volkswagen akan menarik balik 103,569 model Touareg di China bagi memasukkan sebahagian alat yang hilang kerana tanpa alat itu boleh menyebabkan pedal brek tercabut.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin, penarikan semula itu bermula pada 18 April membabitkan model Touareg keluaran antara 12 Januari 2010 dan 19 Januari 2016, lapor agensi berita China, Xinhua.

Syarikat pembuat kereta itu berkata cemat pangsi pada pedal brek kenderaan yang terjejas mungkin kehilangan klip lengkung (circlip). – Bernama