Volvo Cars catat keuntungan separuh pertama

Volvo Cars catat keuntungan separuh pertama

STOCKHOLM, 20 Ogos – Pengeluar automobil Sweden Volvo Cars, dimiliki oleh Geely, China, semalam melaporkan kenaikan dalam keuntungan separuh pertama meskipun ketika jualan jatuh menjunam dalam pasaran terbesar, China.

Keuntungan bersih lebih tiga kali ganda kepada 877 juta kronor (92 juta euro, AS$56 juta) , manakala pusing ganti melonjak 12 peratus kepada 75.2 bilion kronor.

Keuntungan operasi melonjak lebih 70 peratus kepada 1.66 bilion kronor, memandangkan mata wang kukuh Amerika Syarikat dan jualan mantap model SUV XC60 Volvo.

Tetapi pendapatan bersih dari para pemilik syarikat induk menurun 60 peratus kepada 173 juta kronor (18 juta euro, AS$20 juta).

Keseluruhan jualan Volvo dari segi unit meningkat 1.4 peratus kepada 232,284 ketika separuh pertama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA