Vonn kembali aktif, berlatih semula di Eropah

Vonn kembali aktif, berlatih semula di Eropah

LOS ANGELES, 20 Okt – Pemain ski Amerika Syarikat Lindsey Vonn menuju ke Eropah untuk menyambung semula latihan tetapi masih belum pasti sama ada dia akan bertanding dalam perlumbaan pembukaan Piala Dunia alpine minggu ini, menurut juara menuruni bukit Olimpik 2010 itu semalam.

Vonn yang berusia 31 tahun dan juara keseluruhan Piala Dunia empat kali, mengalami patah pergelangan tangan kirinya ketika menjalani latihan pada Ogos lepas.

“Saya teruja mengumumkan bahawa saya menuju ke Eropah esok dan akan kembali bermain saji pada Khamis ini,” kata Vonn melalui akaun Twitternya.

“Untuk lebih jelasnya, saya masih belum memutuskan mengenai sama ada akan bertanding dalam perlumbaan pertama musim ini di Solden. Akan membuat keputusan pada Jumaat.”

Vonn, yang menarik diri daripada Olimpik Sochi 2014 selepas cedera semula di bahagian lurut kanannya ketika kejohanan dunia 2013 dan memerlukan dua pembedahan, memecahkan rekod kebanyakan Piala Dunia yang dimenangi oleh wanita awal tahun ini.

Musim Piala Dunia bermula pada Sabtu di Solden, Austria. – Reuters

Lindsey Vonn. – Reuters
Lindsey Vonn. – Reuters

 

 

ARTIKEL YANG SAMA