Vrsaljko tidak sabar-sabar beraksi untuk Atletico Madrid

Vrsaljko tidak sabar-sabar beraksi untuk Atletico Madrid

MADRID, 19 Julai – Pemain antarabangsa Croatia Sime Vrsaljko tidak sabar-sabar untuk beraksi pada tahap seterusnya di Sepanyol selepas menyertai Atletico Madrid dari Sassuolo.

Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun bersama Atletico awal bulan ini selepas bermain untuk negaranya di Euro 2016, di mana Croatia berjaya mencapai pusingan 16 terakhir sebelum tewas kepada Portugal selepas masa tambahan.

“Saya rasa ini satu langkah besar dalam kerjaya bola sepak saya dan tanggungjawab yang besar bagi saya. Saya pasti akan meningkat sebagai pemain,” kata Vrsaljko.

“Saya amat gembira berada di sini dan saya tidak sabar-sabar untuk memulakan latihan dan bermain,” kata beliau lagi ketika diperkenalkan pada sidang akhbar semalam. – AFP

Sime Vrsaljko bergambar di padang selepas diperkenalkan di stadium Vicente Calderon di Madrid, kelmarin. – AFP
Sime Vrsaljko bergambar di padang selepas diperkenalkan di stadium Vicente Calderon di Madrid, kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA