VW Brunei perkenalkan Toureq R-Line

VW Brunei perkenalkan Toureq R-Line

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Maju Motors Sdn Bhd, selaku pengedar kenderaan jenama Volkswagen(VW) di Brunei, secara rasminya telah memperkenalkan Toureq R-Line ke pasaran negara ini, sebagai tambahan kepada dua model lain dalam siri premium berkenaan, Tiguan R-Line dan CC R-Line.

Toureq baru ini menampilkan imej sportif dengan rim tayar aloi Mallory 20 inci serta bumper daripada Volkswagen R GmbH.

Sesuai sebagai kereta premium, Toureq R-Line dikemaskan dengan bahan varnis Black Piano pada pemukaanya, dan logo ‘R-Line’ boleh dilihat setiap kali membuka pintu.

Dari segi kuasanya pula, ia menampilkan enjin 3.0 V6 TDI Clean Diesel yang mampu menjana kuasa kuda 245 bhp (3,800 rpm – 4,400 rpm) dan 550 Nm (1,750 rpm – 2,70 rpm), hanya membakar 7.2 litre bahan api setiap 100Km, serta dilengkapi dengan transmisi lapan kelajuan.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai generasi terbaru Toureq ini, bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Maju Motors di Kampung Telanai.

pg12_150613_c

Pengunjung memasuki ruang dalam Toureg yang luas.
Pengunjung memasuki ruang dalam Toureg yang luas.
Ruang kokpit pemandu dan penumpang dengan papan pemuka dihias dengan varnis Black Piano.
Ruang kokpit pemandu dan penumpang dengan papan pemuka dihias dengan varnis Black Piano.

ARTIKEL YANG SAMA