VW cari ketua baru selepas skandal penipuan emisi tersebar

VW cari ketua baru selepas skandal penipuan emisi tersebar

WOLFSBURG, Jerman, 24 Sept (AFP/Reuters) – Syarikat gergasi Auto Volkswagen hari ini mencari seorang ketua baru untuk mengemudi syarikat berkenaan yang dilanda isu penipuan pencemaran global, yang disyaki ke atas kereta emisi diesel yang tersebar sehingga kepada rakan pembuat kereta Jerman, BMW buat pertama kalinya.

Saham pengeluar auto BMW merosot sedikit hampir 10 peratus pada satu-satu masa selepas Auto Bild melaporkan yang emisi daripada salah satu model dieselnya adalah 11 kali lebih tinggi daripada norma Kesatuan Eropah.

Tidak ada petunjuk yang BMW telah terlibat dalam penipuan serupa dengan perisian yang digunakan Volkswagen untuk memperdaya ujian pencemaran rasmi namun laporan tinggi emisi daripada salah sebuah kereta berenjin diesel bagaimanapun mengejutkan para pelabur.

Saham BMW menurun sekitar 9.7 peratus kepada serendahnya 72.05 euro dalam bursa saham Frankfurt.

Seorang ahli perniagaan melihat harga saham di Tokyo pada 24 September. Harga saham Jepun jatuh 422.76 mata semasa sesi pagi dalam Bursa Saham Tokyo ketika pembuat kereta Jepun sedikit terkesan ekoran skandal emisi VW. – AFP
Seorang ahli perniagaan melihat harga saham di Tokyo pada 24 September. Harga saham Jepun jatuh 422.76 mata semasa sesi pagi dalam Bursa Saham Tokyo ketika pembuat kereta Jepun sedikit terkesan ekoran skandal emisi VW. – AFP

Ketua eksekutif VW, Martin Winterkorn meletak jawatan semalam berhubung skandal itu, yang mencetuskan siasatan jenayah Amerika Syarikat (AS) dan tindakan perundangan antarabangsa.

Sementara itu, di Berlin, sumber kanan mengatakan Volkswagen akan memecat ketua R&D Audi dan Porsche dan pengurus tertingginya di AS tempat pembuat kereta didapati memanipulasi peraturan emisi diesel.

Bos R&D Audi, Ulrich Hackenberg, Wolfgang Hatz, Porsche dan ketua eksekutif VW, AS, Michael Horn akan disingkirkan pada mesyuarat lembaga penyeliaan pada Jumaat, menurut sumber berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA