VW diarah jual saham

VW diarah jual saham

HANOVER, Jerman, 30 Ogos (dpa) – Volkswagen telah diberitahu untuk menjual sahamnya sebanyak 19.9 peratus dalam Suzuki, Jepun dengan satu arahan daripada penimbang tara yang mengakhiri pertikaian bertahun lamanya berhubung kerjasama gagal antara dua pengilang kereta, menurut syarikat itu hari ini.

Mahkamah Arbitrari Antarabangsa, sebahagian daripada Dewan Perniagaan Antarabangsa, memihak dengan permintaan syarikat Jepun untuk menyelesaikan kerjasama itu, namun Suzuki mungkin juga terpaksa membayar pampasan selepas mahkamah mendapati ia mencabul persetujuan kerjasama.

Suzuki mengatakan bahawa sebarang kerosakan yang dimiliki akan diselesaikan dalam peringkat akhir dalam prosiding arbitrari.

Dua syarikat itu membentuk perikatan pada 2009 ketika pembuat kereta terbesar Eropah untuk meningkatkan kehadirannya dalam pasaran berkembang. Dua syarikat itu bekerjasama dalam membina kereta kecil, efisien minyak bagi negara-negara berkenaan. Volkswagen, terutamanya mencari tempat berpijak di India, yang mana Suzuki merupakan salah satu ketua pasaran.

Pengerusi Suzuki Motor dan Ketua Pegawai Eksekutif, Osamu Suzuki (tengah) dikelilingi media di Tokyo, Jepun. Suzuki Motor Corp mengatakan hari ini ia akan membeli semula sahamnya 19.9 peratus yang dijualnya kepada Volkswagen AG. – Reuters
Pengerusi Suzuki Motor dan Ketua Pegawai Eksekutif, Osamu Suzuki (tengah) dikelilingi media di Tokyo, Jepun. Suzuki Motor Corp mengatakan hari ini ia akan membeli semula sahamnya 19.9 peratus yang dijualnya kepada Volkswagen AG. – Reuters

Volkswagen menjadi pemegang saham terbesar Suzuki, sementara Suzuki menerima 1.5 peratus saham VW.

Suzuki yang berpangkalan di Hamamatsu membubarkan perkongsian pada 2011, mendakwa Volkswagen yang berpangkalan di Wolfsburg, Jerman tidak memenuhi aksesnya kepada teknologi yang dijanjikan di bawah perjanjian kerjasama.

Arbitrari mengarahkan Volkswagen untuk menjual saham Suzukinya dalam satu cara yang dianggapnya berpatutan oleh syarikat Jepun. Suzuki mengatakan ia berniat untuk membelinya semula.

“Keputusan ini berdasarkan prinsip yang kontrak itu harus dibatalkan pada asasnya,” menurut Volkswagen dalam satu kenyataan, menambah bahawa penjualan saham Suzuki mempunyai kesan positif ke atas perbelanjaan dan kecairan.