VW lantik ketua baru

VW lantik ketua baru

FRANKFURT, 25 Sept (AFP) – Matthias Mueller, ketua pembuat kereta sport mewah, Porsche, mungkin dipilih untuk menerajui Vokswagen yang dilanda skandal penipuan emisi, bagi menggantikan Martin Winterkorn yang meletak jawatan dua hari lalu.

Lembaga penyeliaan VW dijadualkan akan meluluskan pelantikan pengurus berusia 62 tahun itu semasa mesyuarat di ibu pejabat pembuat kereta berkenaan di Wolfsburg, utara Jerman, pagi hari ini.

Sementara itu di Shanghai, China, dua usaha sama utama pengeluar automobil Jerman, Volkswagen (VW) yang mana ia adalah jenama kereta asing unggul tahun lalu – berkata produknya tidak terlibat dalam skandal penipuan keputusan pengeluaran asap.

Skandal itu yang timbul minggu lalu apabila para pegawai AS secara terbuka menuduh Volkswagen (VW) menipu berhubung pengeluaran asap dari kenderaan diesel, telah disebut-sebut di seluruh dunia dan mengakibatkan harga saham syarikat itu menjunam, namun dikatakan meningkat sedikit selepas pelantikan ketua baru itu, hari ini.

China – pasaran auto terbesar di dunia – adalah penting bagi VW, yang telah mengeluarkan 3.67 juta buah kereta di negara itu tahun lalu, mengatasi syarikat saingannya di General Motors AS yang telah menjual 3.54 juta, menurut perangkaan yang ditunjukkan oleh syarikat itu.

ARTIKEL YANG SAMA