VW mula tarik balik kereta

VW mula tarik balik kereta

FRANKFURT, 1 Okt (AFP) – Syarikat kereta Jerman Volkswagen semalam memulakan pelannya untuk menarik balik berjuta-juta kereta yang dipasang dengan perisian penipuan pencemaran tatkala ia merangsang usahanya untuk mencari dalang di sebalik komplot tersebut.

Selepas peletakan jawatan ketua eksekutif Martin Winterkorn dan ketua jualan Christian Klingler dalam krisis paling teruk VW, lebih ramai pemimpin dijangka meletak jawatan selepas CEO baru Matthias Mueller berikrar akan tidak akan bersikap “belas kasihan” dalam menyiasat perkara itu.

Jawatankuasa pemandu lembaga penyelia pengeluar kereta itu bertemu semalam untuk membincang hasil dapatan parlimen mengenai siasatan dalaman dalam komplot yang telah mengejutkan sektor kereta dan menghapuskan 29 bilion euro daripada permodalan pasaran VW.

Berpuluh pengurus yang disyaki membantu menghasil dan memasang perisian canggih yang dikenali sebagai peranti menggagalkan, atau sesiapa yang tahu mengenai penipuan telahpun digantung, lapor Manager Magazin.

Hos pengukur bagi pemeriksaan pencemaran enjin diesel yang dipasang pada paip ekzos sebuah kereta diesel Golf Volswagen 2.0 TDI di sebuah garaj di Frankfurt. – AFP
Hos pengukur bagi pemeriksaan pencemaran enjin diesel yang dipasang pada paip ekzos sebuah kereta diesel Golf Volswagen 2.0 TDI di sebuah garaj di Frankfurt. – AFP

Ahli lembaga penyelia Olaf Lies berkata, “orang-orang yang berkenaan yang membenarkannya berlaku, atau sesiapa yang membuat keputusan untuk memasang perisian ini – mereka bertindak melanggar undang-undang. Mereka mesti bertanggungjawab.”

Siasatan badan pengatur dan perundangan sedang dilancarkan di beberapa negara untuk mencari siapa yang tahu dan bila, dan pendakwa Jerman juga telah melancarkan siasatan ke atas Winterkorn, 68 tahun.

Ketua kewangan VW Hans-Dieter Poetsch, yang diramalkan akan mengambil alih sebagai ketua lembaga penyelia, juga mungkin mendapati dirinya dipecat, berdasarkan hubungan rapatnya dengan Winterkorn dan peranan utamanya dalam lembaga eksekutif.

“Pencalonan Poetsch sebagai ketua lembaga penyelia baru semakin diragui,” akhbar perniagaan Handelsblatt memetik seorang pengurus dana, Hans-Christian Hirt, sebagai berkata.

Enjin diesel yang disyaki itu dijual pada 2009, yang mencadangkan perisian penipuan pencemaran itu mesti telah dibincangkan dalam syarikat seawalnya pada 2007 dan 2008, tulis akhbar Sueddeutsche Zeitung.