VW tarik balik hampir 29,000 kereta di Korea Selatan

VW tarik balik hampir 29,000 kereta di Korea Selatan

SEOUL, 23 Dis (dpa) – Volkswagen akan menarik balik 28,957 kenderaan di Korea Selatan berhubung kerosakan yang boleh mengganggu kedudukan beg udara semasa kemalangan, menurut laporan berita hari ini.

Penarikan balik itu jelasnya tidak berkaitan dengan skandal penipuan emisi, yang menyaksikan pembuat kereta Jerman menarik semula ratusan ribu kenderaan tahun ini, dan mencetuskan beberapa tindakan perundangan oleh pelanggan Korea Selatan.

Penarikan semula terkini itu berkaitan dengan lapan model yang telah menunjukkan tanda masalah dengan spring jam, yang boleh mengakibatkan hon tidak berfungsi, dan lampu amaran beg udara muncul, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik Kementerian Pengangkutan.

Volkswagen mengatakan kecacatan itu juga boleh memusnahkan kabel beg udara dan menyekat kedudukannya yang betul dalam kemalangan, menurut Kementerian Pengangkutan.

Penarikan balik itu menjejaskan versi kenderaan Eropah dan AS iaitu Passat, CC, Jetta, Tiguan, Scirocco, EOS dan Golf yang dihasilkan antara tahun 2010 dan 2014, menurut laporan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA