VW tawar pembelian kereta semula di AS

VW tawar pembelian kereta semula di AS

SAN FRANCISCO, 22 April – Volkswagen (VW) mencapai satu perjanjian semalam dengan pengawal AS untuk menawarkan pemilik kira-kira 480,000 kereta diesel di AS opsyen untuk ‘mendapatkan pampasan’ dan membaiki kereta, atau membeli mereka balik.

Dengan pengeluar Jerman itu menghadapi tarikh akhir mahkamah untuk mencari penyelesaian kepada skandal pengeluaran, hakim mahkamah daerah San Francisco Charles Breyer berkata perjanjian pada asasnya akan memberikan pemilik kereta diesel 2.0 liter pilihan untuk mendapatkan pampasan yang juga termasuk pembatalan kontrak untuk mereka yang menyewa.

Tawaran itu, yang mungkin menelan kos berbilion dolar untuk Volkswagen, juga termasuk penubuhan dana untuk perlindungan alam sekitar, kata syarikat pada perbicaraan mahkamah. Butir-butir cadangan di antara Volkswagen AS, Jabatan Keadilan dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar tidak dikeluarkan.

Namun ia nampaknya cukup untuk membenarkan Volkswagen mengelak satu perbicaraan besar mengenai cara-cara ia mengendali skandal yang telahpun menjejas teruk syarikat. Volkswagen telah mengaku memasang perisian tidak sah itu dalam 11 juta enjin diesel 2.0 liter dan 3.0 liter di seluruh dunia, termasuk model VW, Porsche dan Audi, yang sengaja menyelindung tahap pengeluaran sebenar kenderaan ketika ujian.

Tindakan guaman San Francisco telah menuduh Volkswagen melaku kerosakan besar kepada alam sekitar dan kepada pemilik kereta diesel yang dicemari. Kedua-dua syarikat dan agensi AS telah berusaha mencapai perjanjian untuk mengelak perbicaraan yang termasuk satu penyelesaian yang boleh dipercayai kepada kenderaan, atau VW mengeluarkan kesemua mereka dari jalan raya dan membayar pampasan kepada pemilik.

Gambar fail bertarikh 21 Oktober 2015 menunjukkan pekerja pembuat kereta Jerman Volkswagen memeriksa kereta di barisan pemasangan kilang VW di Wolfsburg, Tengah Jerman. - AFP
Gambar fail bertarikh 21 Oktober 2015 menunjukkan pekerja pembuat kereta Jerman Volkswagen memeriksa kereta di barisan pemasangan kilang VW di Wolfsburg, Tengah Jerman. – AFP

Pada Februari Breyer menawarkan syarikat satu tarikh akhir pada Mac untuk mencapai satu perjanjian, dan seterusnya melanjutkannya kepada Khamis. Dalam satu kenyataan, Volkswagen berkata ia “komited untuk memperoleh semula kepercayaan pelanggan, peniaga, pengawal dan orang awam Amerika.”

Walaupun jika perjanjian yang diumumkan semalam sudah diluluskan sepenuhnya – perbicaraan selanjutnya pada bulan-bulan akan datang akan mengkaji semula butir-butir dan pandangan pihak menuntut – syarikat masih menghadapi denda  yang berpotensi berjumlah berpuluh bilion dolar daripada pengawal AS. – AFP