Wabak denggi ragut 11 nyawa

Wabak denggi ragut 11 nyawa

NEW DELHI, 17 Sept (NNN) – Sebelas kematian telah dicatat dalam tempoh dua minggu lalu ekoran letusan wabak denggi di ibu negara dan Rantau Ibu Negara nasional.

Menurut pegawai, tatkala beratus pesakit dipaksa tidur di atas lantai sebuah hospital, jumlah kematian mungkin adalah lebih tinggi kerana banyak kes tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Barisan panjang dilihat di Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS) berhampiran Delhi Selatan dengan pesakit hanya berteduh di perkarangan hospital dan sepanjang sebatang jalan yang menuju ke hospital.

Menteri kesihatan negeri Satyendra Jain merayu kepada penduduk Delhi supaya mengelak mengambil ubat sendiri dan berkata 1,000 katil tambahan akan disediakan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Pada satu persidangan akhbar, beliau berkata hospital swasta juga telah diminta supaya menerima sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pesakit dengan bayaran perubatan minimum.

Beliau juga mengumumkan bahawa semua hospital kerajaan akan menyediakan pemeriksaan percuma kepada pesakit yang disyaki telah dijangkiti denggi.

ARTIKEL YANG SAMA