Wabak selesema burung luar zon Perancis

Wabak selesema burung luar zon Perancis

PERANCIS, 14 Jan (Reuters) – Wabak selesema burung dikesan melanda sebuah bandar di luar zon sekatan yang diwujudkan Kementerian Perladangan Perancis bulan lalu dalam usaha membendung penyakit berjangkit ketika ketika semakin banyak negara mengharamkan produk ternakan dari negara terbabit.

Terdapat 69 wabak selesema burung patogenik tinggi ditemui di lapan daerah pentadbiran kementerian negara itu sejak 24 November lalu yang terletak di barat daya Perancis.

Seorang pegawai kementerian berkata, satu kes ditemui di Haute-Garonne sekali gus memaksa Perancis meluaskan lagi zon sekatan meliputi enam jabatan pentadbiran di mana virus selesema burung ditemui setakat ini.