Wabak taun ragut 500 nyawa di Congo

Wabak taun ragut 500 nyawa di Congo

KINSHASA, 5 Sept – Lebih 500 penduduk Republik Demokratik Congo maut akibat wabak taun sejak awal tahun ini dan agensi bantuan kini mempertingkat usaha di Republik Afrika Tengah bagi mencegah penyakit itu, yang telah menjangkiti 150 orang, daripada merebak.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini siap sedia untuk melancarkan satu program vaksinasi di bandar raya ini dengan menyasarkan kira-kira 300,000 orang yang tinggal di kawasan paling berisiko.

Taun merupakan endemik di Republik Demokratik Congo namun hanya menjejaskan bahagian timur negara itu. – Bernama