Wabak Zika melepasi 91,000 kes di Brazil

Wabak Zika melepasi 91,000 kes di Brazil

BRASILIA, 27 April – Wabak Zika di Brazil yang dikaitkan kecacatan kelahiran bayi, mikrosefali melepasi paras 91,000 kes, menurut pegawai rasmi kesihatan, semalam.

Sepanjang 3 Januari dan 2 April, 91,387 kes disyaki Zika dilaporkan dengan sejumlah besar 30,286 direkodkan di kawasan penduduk miskin utara negara itu, menurut Kementerian Kesihatannya.

Katanya, tiga orang mati akibat virus bawaan nyamuk itu.

Walaupun banyak kajian, tidak banyak diketahui mengenai virus itu termasuk berapa lama ia mampu bersembunyi dalam badan manusia, setakat mana risiko jangkitan menerusi hubungan kelamin, senarai penuh gejala atau penyakit berpunca daripadanya dan semua jenis nyamuk yang mampu memindahkannya.

Kesepakatan saintifik terbaharu mengesahkan Zika adalah punca mikrosefali iaitu sejenis penyakit kerosakan otak di kalangan bayi baru lahir dan penyakit saraf dewasa iaitu Sindrom Guillain-Barre yang menyebabkan lumpuh dan kematian.

Jejentik Aedes aegypti dilihat melalui mikroskop di Institut Colombia Kesihatan di Bogota, Colombia, Selasa lalu. – AP
Jejentik Aedes aegypti dilihat melalui mikroskop di Institut Colombia Kesihatan di Bogota, Colombia, Selasa lalu. – AP

Tiada vaksin atau rawatan bagi virus tersebut, yang mana kebanyakan orang hanya mempunyai gejala ringan seperti ruam, sakit sendi atau demam.

Antara yang dijangkiti sehingga kini adalah seramai 2,844 wanita hamil.

“Setakat ini, ia tidak dapat memberitahu berapa peratus daripada wanita hamil yang positif Zika dan mempunyai bayi dengan microcephaly,” kata Pengarah Pemantauan Penyakit Berjangkit Claudio Maierovitch.

Sementara itu, kes-kes denggi meningkat kepada 802,429, iaitu 13.7 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, menurut data kerajaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA