WADA ambil alih ujian dadah global

WADA ambil alih ujian dadah global

LONDON, 18 Okt – Dalam rombakan terhadap sistem ujian dadah, ketua-ketua Olimpik semalam bersetuju bahawa ujian seharusnya bebas daripada pertubuhan-pertubuhan sukan dan menggesa Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) mengambil alih tanggungjawab itu pada peringkat global.

Dalam keputusan berasingan, IOC berkata pertandingan yang dikendalikan oleh persekutuan-persekutuan antarabangsa atau pertubuhan-pertubuhan Olimpik kebangsaan mesti dibenarkan memasuki kepada atlet-atlet dari semua ahli-ahli negara dan memberikan mereka layanan yang sama, atau penganjuran acara tidak akan diberikan status kelayakan Olimpik. Langklah itu menangani isu atlet-atlet Israel yang dinafikan kemasukan ke beberapa negara.

Doping menjadi agenda utama “Kemuncak Olimpik” yang bersidang di Lausanne, Switzerland, oleh Presiden IOC, Thomas Bach. Mesyuarat itu dihadiri oleh ahli-ahli lembaga eksekutif penghasil peraturan, dan ketua-ketua persekutuan antarabangsa dan jawatankuasa-jawatankuasa Olimpik kebangsaan.

Kumpulan itu “memutuskan untuk menghasilkan ujian bebas anti dadah dari pertubuhan-pertubuhan sukan,” kata IOC dalam kenyataan.

“Kemuncak itu meminta WADA untuk mengkaji mengambil tanggungjawab bagi ujian sebagai pusat global bagi kecekapan dalam anti dadah.”

Kajian akan dijalankan oleh kumpulan petugas WADA yang melibatkan ketua-ketua Olimpik dan wakil-wakil kerajaan. Tiada rangka masa diberikan.

Langkah itu bertujuan untuk memberikan lebih banyak kebolehpercayaan terhadap ujian dadah dengan mengambilnya dari kuasa badan-badan sukan dan juga penganjur acara dan menukarnya kepada pertubuhan bebas.

Persekutuan-persekutuan melihatnya sebagai separa dalam ujian dadah dan kurang bersedia untuk mendedahkan penipuan dalam sukan mereka sendiri. Pengkritik berkata sistem yang ada sekarang mempunyai konflik kepentingan. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA