WADA gantung makmal antidoping Madrid

WADA gantung makmal antidoping Madrid

MONTREAL, 7 Jun – Makmal Anti Doping Madrid digantung selepas gagal memenuhi standard antarabangsa ditetapkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

WADA dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah keputusan langsung daripada Lembaga Yayasan WADA pada 19 Mac lalu yang mengisytiharkan Agensi Anti Doping Sepanyol (AEPSAD) sebagai tidak patuh dengan peraturan ditetapkan.

Penggantungan yang berkuat kuasa serta merta itu, melarang makmal berkenaan daripada melakukan sebarang aktiviti anti doping dengan WADA termasuk analisis air kencing dan ujian darah.

Bagaimanapun, WADA berkata satu lagi makmal Sepanyol di Barcelona ((Fundacio Institut Mar D’Investigacions Mediques – IMIM) masih diberikan akreditasi.

Makmal Madrid mempunyai tempoh 21 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan. – Agensi