WADA gantung makmal Kazakhstan

WADA gantung makmal Kazakhstan

ALMATY, Kazakhstan, 29 Jun (AP) – Empat hari selepas menutup makmal ujian dadah Olimpik di Rio de Janeiro, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) telah menggantung satu lagi makmal, kali ini di Kazakhstan.

WADA berkata makmal di Almaty akan digantung selama empat bulan “sebagai hasil langsung daripada prosedur penilaian kualiti yang lebih ketat yang digubal oleh WADA.”

WADA bagaimanapun tidak mengatakan bagaimana makmal Almaty itu gagal untuk lulus penilaian seumpama itu.

Seperti mana makmal Rio, yang mana penggantungan itu diumumkan pada Jumaat, menjunamkan ujian dadah Olimpik ke dalam ketidakpastian, WADA juga menggantung makmal-makmal di China, Sepanyol, Afrika Selatan, dan Portugal tahun ini.

Makmal di Moscow kehilangan pengiktirafannya selepas tuduhan-tuduhan kepada bekas pengarahnya yang membantu menutup hasil ujian asal atlet-atlet Rusia.

ARTIKEL YANG SAMA