Wadah penyatuan ummah

Wadah penyatuan ummah

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Penerbitan Majalah Muslimah Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Kampung Katimahar merupakan satu kejayaan bagi jemaah Muslimah masjid berkenaan dan diharap menjadi pendorong atau contoh kepada mana-mana masjid untuk sama-sama memberikan komitmen terhadap masjid masing-masing.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Bahagian Muslimah masjid berkenaan, Hajah Adina binti Haji Taha dalam kata alu-aluannya semasa Pelancaran Majalah Muslimah Masjid MPSBSOAS Kampung Katimahar Edisi ke-4 yang berlangsung di masjid berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran majalah berkenaan ialah Pemangku Pegawai Ugama Kanan dan Ketua Bahagian Muslimah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Alizah binti Pengiran Haji Tahir.

Majalah Muslimah tersebut merupakan edisi ke-4 yang telah dikeluarkan oleh pihak masjid berkenaan yang mana ia mengandungi laporan mengenai wadah penyatuan ummah termasuk pelbagai aktiviti seperti kelas dewasa, bengkel dan pertandingan yang melibatkan jemaah Muslimah sepanjang 2014.

Pengiran Alizah melihat dengan lebih dekat isi kandungan majalah berkenaan.
Pengiran Alizah melihat dengan lebih dekat isi kandungan majalah berkenaan.
Pengiran Alizah ketika menghadiri majlis berkenaan.
Pengiran Alizah ketika menghadiri majlis berkenaan.