Wade kembali ke Miami hari ini

Wade kembali ke Miami hari ini

LOS ANGELES, 10 Nov – Ia menjanjikan malam yang emosi di Miami awal pagi esok apabila bekas bintang Heat, Dwayne Wade kembali buat kali pertama sejak menyertai Chicago Bulls.

Wade beraksi di Miami selama 13 musim, membantu Heat memenangi tiga gelaran NBA sebelum berlepas sebagai ejen bebas bagi Bulls dalam langkah yang mengejutkan ramai orang termasuk presiden Heat, Pat Riley.

Sementara itu Wade berhubung bersama rakan sepasukannya dan jurulatih Heat, Erik Spoelstra, katanya semalam dia belum bercakap dengan Riley.

“Saya sudah berada di sana selama 13 tahun,” kata Wade semalam di Atlanta, di mana Heat menghadapi Hawks. “Saya menyaksikan ramai pemain datang dan pergi. Saya tahu bagaimana keadaan (Riley). Jika anda tidak bersamanya, anda menentangnya. Begitulah cara Riley.”

Riley berkata pada Julai lalu bahawa dia “terkejut” dengan pelepasan Wade dan kesal tidak mendapatkan peranan yang lebih aktif dalam mengekalkannya. Tetapi dia tidak berhubung dengannya.

Namun tidak terdapat permusuhan di antara Wade dan Heat, yang merancang untuk memainkan video penghormatan terhadap banyak masa yang menarik disumbangkannya kepada sejarah pasukan ketika kendaliannya.

“Ia akan menjadi menarik, perlawanan pertamanya,” kata pengawal Heat, Goran Dragic dari Slovenia. “Saya rasa seperti peminat akan memberikan sokongan kepadanya. Dia bersama dengan Miami selama 13 tahun, memenangi tiga kejuaraan.

“Sudah pasti dia akan berikan segalanya,” tambah Dragic. “Dia akan berusaha dan memainkan permainan yang bagus, dan ia akan menjadi perlawanan menarik.”

Udonis Haslem dari Miami mengharapkan Wade untuk menjadi cekap dalam kepulangannya.

“Dia tidak akan melakukan terlalu banyak,” ramal Haslem. “Dia akan cuba bermain bola keranjang dan meletakkan pasukannya dalam posisi menang.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA