WAF 2015 tumpu jaminan makanan dan air

WAF 2015 tumpu jaminan makanan dan air

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) – Isu jaminan makanan dan air akan menjadi tumpuan sekali lagi di ‘Humanitarian Water and Food Awards’ (WAF) 2015 akan datang, yang diadakan di Milan, Itali, tahun ini.

Acara kali ini akan diadakan sempena Expo Milan Antarabangsa 2015 yang sedang berlangsung.

Tiga peserta akhir dipilih daripada 13 pasukan yang disenarai pendek untuk WAF 2015.

WAF 2015 merupakan usaha untuk mengiktiraf dan menggalakkan cetusan usaha global dari aspek pengeluaran makanan lestari dan bekalan air bersih dalam suasana yang mencabar.

Melalui emel kepada Bernama, pegawai perhubungan awam dan perkongsian untuk WAF, Henriette Gammelholm berkata peserta akhir yang akan membentangkan usaha mereka pada acara itu, adalah dari negara yang menggunakan air tercemar sebagai minuman dan ia semakin membimbangkan, iaitu Nepal, Haiti dan China.

Beliau berkata WAF 2015 menyenarai pendek 13 pasukan tahun ini dengan mengikuti penyelidikan di seluruh dunia bagi usaha menjamin hak asasi manusia mendapatkan air bersih dan makanan sihat.

Majlis anugerah itu akan disiarkan secara langsung kepada berjuta penonton di seluruh dunia.

Acara itu juga akan menampilkan personaliti seperti artis, selebriti, pemimpin dan badan bukan kerajaan yang terkenal, yang komited terhadap kelestarian global.

ARTIKEL YANG SAMA