‘Wafie n the has beens’ juara Futsal Al-Wadijo

‘Wafie n the has beens’ juara Futsal Al-Wadijo

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Pasukan ‘Wafie n the has beens’ muncul juara kejohanan Futsal Al-Wadijo kali ke-2 yang berlangsung selama sehari di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya (JKR), Lapangan Terbang Lama.

Sebelum menjuarai kejohanan itu, pasukan tersebut terpaksa mengharungi cabaran bertemu dengan pasukan-pasukan pilihan di peringkat separuh akhir iaitu Pasukan ‘Mantuka FT’, ‘Mastermind FT’ dan bertemu dengan Pasukan SY Cores di peringkat akhir.

Dalam perlawanan sengit yang mengambil masa 12 minit keseluruhan di peringkat akhir itu, menyaksikan Pasukan ‘SY Cores’ tewas dengan jaringan 1 berbalas 0 dalam keputusan akhir menjadikan Pasukan ‘SY Cores’ di tempat kedua. Tempat ketiga jatuh kepada Pasukan ‘Mastemind FT’ dan ‘Mantuka FT’ mendapat tempat keempat.

Sesi bergambar ramai bersama keempat-empat pasukan yang mara ke separuh akhir.
Sesi bergambar ramai bersama keempat-empat pasukan yang mara ke separuh akhir.

Kejohanan Futsal Al-Wadijo kali ke-2 ini disertai oleh 16 pasukan.

Kejohanan tersebut diadakan bertujuan mengeratkan lagi silaturahim di antara pemain-pemain futsal di Negara Brunei Darussalam dan juga menjayakan perusahaan baru oleh belia-belia tanah air.

ARTIKEL YANG SAMA