Wahab selamat

Wahab selamat

Oleh Arissa

 

LAWAS,21 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Wahab Aziz, selamat tiba di bandar Lawas petang tadi selepas gagal dihubungi keluarganya dalam tempoh 24 jam ketika berada di Long Kenayah, Hulu Pengalih Lawas tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Wahab tiba dan berehat di Hotel Seri Malaysia Lawas jam 4 petang tadi dalam keadaan baik.

Jelasnya  sebelum tiba  di bandar Lawas,beliau berjaya dihubungi  jam 11.30 pagi tadi oleh isteri David yang merupakan  pemandu peribadi Wahab  yang menemani beliau sepanjang berada di Lawas sejak 19 September (Isnin) lepas.

Beliau berkata lagi Wahab juga sepatutnya balik petang ini  menggunakan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuching jam 12 tengah hari.

Abdul Wahab Aziz.
Abdul Wahab Aziz.

“Bagaimanapun keadaan hujan lebat di Long Kenayeh menyebabkan beliau dijangka tiba di bandar Lawas petang ini,”katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan Wahab bersama anak sulungnya tiba di Lawas Isnin lepas atas urusan program ALUMNI UITM Sarawak.

Sebaik menamatkan program berkenaan, beliau bersama anak sulungnya  dan pemandunya David mempunyai urusan persendirian sebelum gagal  dihubungi pagi kelmarin.