Wahid kembali ke dunia korporat

Wahid kembali ke dunia korporat

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Tan Sri Abdul Wahid Omar kembali ke dunia korporat hari ini sebagai Pengerusi baharu Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Abdul Wahid, seorang akauntan, mengetuai Malayan Banking Bhd sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif dari 2008 hingga 2013 selepas mengetuai Telekom Malaysia yang disusun semua serta penstrukturan semula UEM Group.

Beliau kemudiannya dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai anggota Kabinet.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang tiba di pejabat PNB di Jalan Tun Razak di sini pada 8.35 pagi, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Kedua-duanya dilihat berbual-bual sebelum memasuki lif.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baharu, Tan Sri Abdul Wahid Omar (kanan) diiringi Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kiri) pada hari pertama hadir di PNB Jalan Tun Razak semalam. – Bernama
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baharu, Tan Sri Abdul Wahid Omar (kanan) diiringi Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kiri) pada hari pertama hadir di PNB Jalan Tun Razak semalam. – Bernama

Abdul Wahid menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif PNB pada 1996.

Sepanjang tempoh jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal ekonomi, Abdul Wahid antara lain memantau agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perangkaan, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas), Talent Corporation dan Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA