Wakaf bangunan tambahan Masjid al-Mashhor

Wakaf bangunan tambahan Masjid al-Mashhor

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 17 Julai – Masjid al-Mashhor, Kampung Sungai Mau, Labi, telah menerima wakaf binaan bangunan tambahan, daripada seorang hamba Allah, bagi menampung jumlah jemaah masjid yang semakin meningkat.

Wakaf tersebut, yang juga bagi kegunaan jemaah masjid untuk membuat aktiviti keagamaan telah siap dibina, dan majlis penyerahan wakaf berkenaan telah diadakan kelamrin, di masjid berkenaan.

Di majlis itu, pewakaf menyerahkannya kepada Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Rajid bin Haji Mohd Salleh yang seterusnya menyerahkannya kepada Ketua Imam Masjid al-Mashhor, Haji Abdul Hamid bin Haji Abas.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Haji Asminan bin Haji Awang Chuchu.

Haji Rajid (kiri) menyerahkan wakaf kepada Haji Abdul Hamid sambil disaksikan oleh Haji Asminan.
Haji Rajid (kiri) menyerahkan wakaf kepada Haji Abdul Hamid sambil disaksikan oleh Haji Asminan.

Pembinaan bangunan tambahan itu telah menelan belanja kira-kira $10,000, dan dengan adanya bangunan tersebut akan dapat menampung jemaah yang menunaikan solat terutama sekali solat fardu Jumaat dan solat Sunat Hari Raya,

Di samping itu, ahli-ahli jawatankuasa takmir dan jemaah serta penduduk kampung berkenaan juga dapat menggunakannya untuk melakukan aktiviti-aktiviti masjid yang bersesuaian.

ARTIKEL YANG SAMA