Wakaf kenderaan jenazah

Wakaf kenderaan jenazah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Masjid Kampung Perpindahan Serasa kini mempunyai sebuah kenderaan jenazah baru yang didermakan oleh seorang penderma dari Kampung Perpindahan Serasa.

Kenderaan itu diterima dalam Majlis Penyerahan Wakaf Kenderaan Jenazah untuk Masjid Kampung Perpindahan Serasa di perkarangan masjid berkenaan, hari ini.

Di majlis berkenaan, kunci bagi kenderaan itu telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri kepada Ketua Imam Masjid Kampung Perpindahan Serasa, Awang Airwan bin Haji Malik.

Kereta jenazah itu dihasratkan untuk menambahkan lagi perkhidmatan bagi orang ramai bukan sahaja di dalam kawasan kampung berkenaan tetapi juga untuk kampung-kampung di sekeliling.

Haji Amir Hisham menyerahkan kunci kereta jenazah kepada Awang Airwan.
Haji Amir Hisham menyerahkan kunci kereta jenazah kepada Awang Airwan.

ARTIKEL YANG SAMA