Wakil IE S’pura kongsi peluang tembusi pasaran

Wakil IE S’pura kongsi peluang tembusi pasaran

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Darussalam Enterprise (DARE) hari ini telah meneruskan lagi sesi Dialog DARE dengan kali ini menjemput Pengarah Kumpulan International Enterprise (IE) Singapura, Ivan Tan bagi mengongsikan peluang-peluang menembusi pasaran ASEAN dan sebaliknya dalam taklimat bertajuk ‘A regional look at ASEAN and Beyond’.

Dalam taklimatnya itu, Ivan Tan antara lain menyentuh mengenai permintaan besar bagi infrastruktur dan ekonomi-ekonomi yang semakin dikembang luaskan di rantau ini juga memberikan lebih banyak peluang-peluang untuk diceburi.

Beliau juga optimis bahawa mekanisme perkongsian perdagangan seperti Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang sama ada telah dilaksanakan atau masih dalam perbincangan juga memberi manfaat kepada perniagaan-perniagaan di sini sebaik sahaja diratifikasikan sepenuhnya, membolehkan perniagaan-perniagaan mengeksport pada kadar lebih kompetitif.

Ivan Tan wakil dari IE Singapura mengongsikan mengenai peluang menembusi pasaran ASEAN dan luar.
Ivan Tan wakil dari IE Singapura mengongsikan mengenai peluang menembusi pasaran ASEAN dan luar.
Lebih 90 individu menghadiri taklimat anjuran DARE, di Auditorium Bangunan D&T, Kampung Anggerek Desa.
Lebih 90 individu menghadiri taklimat anjuran DARE, di Auditorium Bangunan D&T, Kampung Anggerek Desa.

Majlis berlangsung di Auditorium Bangunan D&T, Kampung Anggerek Desa itu dihadiri lebih 90 orang pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Taklimat ini merupakan inisiatif DARE untuk menyalurkan pengetahuan kepada pengusaha PKS mengenai akses pasaran bagi menggalakkan PKS mengenal pasti peluang-peluang perniagaan di luar Brunei sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan eksport dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Ia juga sebagai platform permulaan bagi lebih banyak syarikat-syarikat di Singapura untuk bekerjasama dengan syarikat di Brunei Darussalam dan melabur ke negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA