Wakili Daerah Temburong ke suku akhir

Wakili Daerah Temburong ke suku akhir

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 9 Okt – Pertandingan Membaca  Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Temburong tahun 1438H/2016M telah diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, di sini, hari ini, bagi memilih wakil ke peringkat suku akhir kebangsaan yang akan diadakan kemudian.

Bagi kategori qari, muncul johan ialah Awang Zulfadhli bin Haji Awang dan diikuti oleh Haji Mohammad Yusoff bin Haji Ahad selaku naib johan yang mana kedua-duanya akan mewakili daerah ini ke peringkat suku akhir kebangsaan setelah mendapat markah 75 peratus ke atas.

Sementara itu, johan kategori qariah pula disandang oleh Dayang Norazliha binti A. Latiff, dan Dayangku Nur Ajaiman binti Pengiran Ajak menduduki tempat kedua.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, Haji Hazimin bin Haji Metali.

Salah seorang peserta  qari  memperdengarkan bacaannya.
Salah seorang peserta  qari  memperdengarkan bacaannya.
Johan qariah Pertandingan Membaca  Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Temburong   tahun 1438 Hijrah/2016 Masihi ketika memperdengarkan bacaannya.
Johan qariah Pertandingan Membaca  Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Temburong   tahun 1438 Hijrah/2016 Masihi ketika memperdengarkan bacaannya.

Seramai sembilan orang qari dan dua orang qariah menyertai pertandingan itu yang dikendalikan oleh Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Pertandingan seumpamanya telah banyak memberi pendedahan secara kolektif bagi menarik minat dan pengasuhan bakat kepada mereka yang berbakat di dalam seni pembacaan Al-Quran ke arah yang lebih mantap.

ARTIKEL YANG SAMA