Waktu operasi AMBD pada Ramadan

Waktu operasi AMBD pada Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) memaklumkan orang ramai bahawa ia akan menutup operasinya pada 1 Ramadan dan dibuka semula pada 7 Jun jika Ramadan jatuh pada 6 Jun.

Begitu juga sebaliknya, jika Ramadan jatuh pada 7 Jun, ia akan dibuka semula pada 8 Jun.

Perkhidmatan yang ditutup termasuklah Galeri Mata Wang, Kaunter Perkhidmatan Biro Kredit, kaunter bayaran, Sistem Real Time Gross Settlement (RTGS) AMBD, Sistem Automated Clearing House (ACH) dan semua kaunter perkhidmatan AMBD yang lain.

Manakala bagi waktu operasi perkhidmatan AMBD pada bulan Ramadan adalah seperti berikut:

Waktu bekerja pada Isnin-Khamis ialah 8 pagi hingga 3 petang, manakala Jumaat 7:30 pagi hingga 11:30 petang. Bagi Galeri Mata Wang ialah 8:30 pagi hingga 2 petang pada Isnin-Khamis, manakala pada Jumaat jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi. Bagi perkhidmatan kaunter pula ialah 8:30 pagi hingga 1:30 petang Isnin-Khamis, Jumaat pada jam 8:15 hingga 10:30 pagi. Waktu operasi ACH pula ialah 8:45 pagi hingga 1:45 petang Isnin-Khamis, Jumaat 8:45-10:45 pagi manakala waktu operasi RTGS ialah 9 pagi hingga 2 petang Isnin-Khamis, Jumaat pula 9-11 pagi.

AMBD memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami.

 

ARTIKEL YANG SAMA