Waktu operasi AMBD sempena cuti Syawal

Waktu operasi AMBD sempena cuti Syawal

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) memaklumkan waktu operasi AMBD sempena cuti Syawal ini bagi Galeri Mata Wang, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit, Kaunter Bayaran dan semua kaunter perkhidmatan AMBD yang lain.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, jika 1 Syawal jatuh pada Rabu, 6 Julai, AMBD akan ditutup pada 6 sehingga 8 Julai dan dibuka semula pada Isnin, 11 Julai.

Manakala jika 1 Syawal jatuh pada Khamis, 7 Julai, maka AMBD akan ditutup pada 7 sehingga 9 Julai dan dibuka semula pada Selasa, 12 Julai.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan pembayaran dolar Brunei (BND) di antara bank-bank berjalan dengan lancar, AMBD memaklumkan bahawa Sistem Real Time Gross Settlement (RTGS) AMBD dan Sistem Automated Clearing House (ACH) akan mula beroperasi seperti biasa pada Isnin, 11 Julai. Perkhidmatan penjelasan cek akan ditiadakan pada 6 hingga 8 Julai dan akan disambung pada 11 Julai.

AMBD ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

ARTIKEL YANG SAMA