Waktu operasi kaunter JPE untuk bulan Ramadan

Waktu operasi kaunter JPE untuk bulan Ramadan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) telah memaklumkan semua kaunter semasa bulan Ramadan 2016 akan beroperasi seperti berikut:

Waktu operasi kaunter setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula dari jam 8:15 pagi hingga 1 petang serta Jumaat dari jam 8:15 hingga 11 pagi, manakala pada Ahad dan Hari Kelepasan Awam kaunter berkenaan akan ditutup, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, JPE mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama orang ramai dan memohon maaf ke atas perkara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA