Waktu operasi TAP sepanjang Ramadan

Waktu operasi TAP sepanjang Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jun – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan waktu perkhidmatan sepanjang bulan Ramadan di kesemua cawangan akan ditutup lebih awal.

Menurut kenyataan TAP, perkhidmatan pembayaran akan dibuka dari jam 8:15 pagi sehingga 12:30 tengah hari, perkhidmatan pertanyaan dan pendaftaran pula dibuka dari 8:15 pagi sehingga 1 petang, dan Pusat Panggilan TAP dari 8:15 pagi sehingga 2 petang, yang mana kesemua waktu perkhidmatan ini adalah bagi hari Isnin sehingga Khamis dan Sabtu.

Sementara itu, pada hari Jumaat pula, kesemua per-khidmatan akan bermula jam 8:15 hingga 11 pagi di Ibu Pejabat TAP sahaja. Sebarang urusan pendaftaran dan pembayaran, ia boleh dibuat melalui laman sesawang www.tap.com.bn bagi majikan dan ahli yang telah mendaftar sebagai pengguna e-Amanah atau meng-hubungi talian 2382800.

ARTIKEL YANG SAMA