Waktu pembelajaran semasa Ramadan

Waktu pembelajaran semasa Ramadan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Menjelang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Jabatan Pengajian Islam memaklumkan mengenai waktu-waktu persekolahan bagi Sekolah Arab dan agama tahun ini.

Waktu pembelajaran bagi sekolah agama Darjah Pra hingga 3 adalah ditiadakan, manakala itu, bagi Darjah 4 hingga 6 pula, sesi pagi bermula jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi dan sesi petang bermula 12.30 tengah hari sehingga 2 petang.

Pembelajaran bagi sekolah persediaan Arab akan bermula jam 7.30 pagi hingga 11.40 pagi dan sekolah menengah Arab dari pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Sehubungan dengan itu, dipohonkan kerjasama pengetua dan guru besar di persekolahan Arab dan agama agar dapat mengaturkan jadual dan program-program bagi meningkatkan pengisian dan aktiviti-aktiviti keagamaan dengan Tadarus dan Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA