Waktu perkhidmatan Bahagian Dokumen Perjalanan ditambah

Waktu perkhidmatan Bahagian Dokumen Perjalanan ditambah

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan bahawa Bahagian Dokumen Perjalanan atau lebih dikenali dengan Bahagian Pasport di Ibu Pejabat JIPK, Jalan Menteri Besar, di sini dan pejabat cawangan di Daerah Belait akan menambah waktu perkhidmatannya pada hari Jumaat, dari 30 Zulkaedah 1437H/2 September 2016M hingga 14 Zulhijah 1437H/16 September 2016M mulai jam 8:15 pagi hingga 11 pagi.

JIPK dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa setiap menjelangnya musim cuti penggal persekolahan terutamanya pada penghujung tahun, permohonan orang ramai untuk mendapatkan pasport turut meningkat berbanding hari-hari biasa.

Dalam hubungan ini, JIPK menasihatkan orang ramai yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke luar negara supaya akan dapat merancang dengan bijak dan lebih awal dalam membaharui dokumen perjalanan.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan supaya memastikan setiap dokumen perjalanan mereka dalam keadaan baik dan teratur serta masih mempunyai tempoh sah laku yang dibenarkan.

JIPK juga menasihatkan orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara terutamanya semasa musim percutian sekolah yang melintasi pos-pos kawalan imigresen melalui jalan darat supaya akan dapat merancang perjalanan dengan bijak dan berhemah bagi mengelak perjalanan mereka terperangkap dalam deretan kenderaan yang panjang.

ARTIKEL YANG SAMA